Melawat Istanbul bersama Orhan Pamuk.

Salah sehelai muka surat Istanbul: Memories and a City.


Membaca Istanbul adalah seperti membaca sebuah diari seorang pemuda yang merakam detik-detik kota peradaban itu melalui tingkapnya yang suram. Orhan mengajak kita untuk duduk dan menghisap rokok bersamanya melihat masyarakat yang terpisah oleh jurang besar - kaya dan miskin - serta perasaan Huzun yang menghukum orang-orangnya yang sayu dan tertunduk kerana robohnya sebuah empayar besar.

Orhan dilahirkan dalam sebuah keluarga Borjuis Sekular. DIa tidak merasai keperitan hidup sepertimana yang menimpa kebanyakkan orang masa itu. Bukan sekadar itu saja, keluarganya juga tidak mengamalkan sebarang bentuk kepercayaan terhadap Agama sepertimana setiap golongan-golongan kaya yang hidup zaman itu. Walaupun begitu, Orhan kelihatan tidak mencemuh kepercayaan orang-orang ini. Barangkali kerana pada waktu-waktu tertentu, dia juga membutuhkan Tuhan untuk terus ada dengan tangan halimunannya.

Oleh kerana aku katakan ia seperti membaca sebuah diari, maka ini bukanlah cerita pasal Istanbul secara penuh, tetapi tentang pemerhatian seorang pemuda yang hidup didalamnya. Ia dibuka dengan Orhan Pamuk dan diakhiri dengan Orhan Pamuk. Dan Istanbul yang kita baca ini bukanlah Istanbul yang benar-benar wujud. Ia adalah sebuah kota yang hanya berdiri dalam relung-relung ingatannya. Ia adalah apa yang dikonstruk oleh pemerhatian dan huzunnya semenjak sekian lama.

Terima kasih untuk membawa saya ke Istanbul kamu, Orhan.

Comments

Cangkul Emas said…
melancong secara maya gamaknya.
jhnrdzi said…
secara berkhayal, kot. hihi.
Arai Lekir said…
aku pernah jumpa buku ni kat library, tapi belum ada masa nak baca.

Aku suggest ko baca buku ni "Secangkir teh, pengubat letih". Cerita pasal Turki

Popular Posts