15 abad, 15 kota islam (bahagian satu)

"Peradaban secara takrifnya adalah usaha kekotaan, dan tiada kota yang segah kota-kota islam."




Menyelak halaman-halaman sejarawi peradaban islam, kadangkala berasa agak janggal untuk membayangkan pada suatu masa dahulu peradaban islam pernah menyandang kekuasaan dunia. Apalagi jika kita bandingkan dengan suasana pahit yang umat islam terpaksa hadapi kini yang menyebaban segalanya kelihatan corot dan suram. Jurangnya terlalu hebat dan di banyak masa saya merasa seperti suatu nostalgia. Tetapi halnya seperti yang tercatit di lembaran sejarah adalah umat islam pernah jadi suatu daya yang ampuh dan digeruni selama beratus-ratus tahun, kecundang hanya kerana beberapa musibah: persengketaan dalaman dan kolonialisme. Tertewasnya kekhalifahan uthmaniyyah di Turki menoktahkan keagungan ini pasca Perang Dunia Pertama. Sejak itu umat yang besar ini tak pernah bangkit lagi.

Tetapi bagaimanakah umat islam boleh sebegitu tercorot? Justin Marozzi di dalam selidikannya melawati 15 kota, membingkaikannya di dalam 15 tempoh abad untuk mengkaji kebangkitan, kemakmuran, dan kejatuhan empayar-empayar islam di sepanjang sejarah. Hasil kajiannya membangkitkan rasa takjub, sekaligus kecewa, juga ada kalanya sehampir tidak percaya dengan peristiwa-peristiwa yang memangkin peradaban ini ke mercu yang seterusnya. Judul buku tersebut ialah Islamic Empires: Fifteen Cities That Define a Civilization.

Bagaimanakah kita harus ertikan agama? Saya sentiasa percaya bahawa agama itu adalah semacam suatu intisari/software kepada suatu tamadun. Intisari yang saya maksudkan adalah ia memacu suatu tamadun itu ke arah kemajuan dan kemapanan. Seperti banyak hal lain, terdapat intisari yang bagus, ada yang kurang. Semestinya terdapat sebab mengapa suatu agama bertahan lebih lama ketimbang suatu agama lain (upacaranya, tingkatnya, keyakinannya menjamin kelangsungan/survivaliti ketimbang yang lain). Islam secara strukturnya punyai asas-asas yang kukuh dan mantap; bahkan ia satu intisari yang menyeluruh - baik hal ukhrawi mahupun duniawi, tak ada yang terlepas daripada kendali. Bandingkan pula dengan agama-agama yang dah pupus, seperti Mani, atau pagan Arab, yang meskipun punyai penganut yang sangat ramai dahulu, sekarang hampir-hampir tak berjejak. Ia tiada instisari yang mantap untuk menjamin ketahanannya jika diuji dengan masa dan geografi.

Islam, sebagai suatu agama samawi yang terbit dari Hijaz, mula-mula merebak di dunia sebagai agama penakluk. Pasca kewafatan Baginda SAW, islam cepat menular di seluruh pelusuk Arabia. Berbekalkan semangat jihad kaum Arab menakluk kota-kota di sekitarnya, merampasnya daripada kawalan kuasa-kuasa besar di rantau ketika itu seperti Romawi, Parsi, dan lain-lain. Kepantasannya merebak mengejutkan banyak pihak. Di sebelah Barat ia memecah ke Afrika Utara, menyapu kota-kota purba dengan gah. Tariq Bin Ziyyad kemudian menyeberangi Laut Mediterranen dan berentap dengan kerajaan-kerajaan kristian Sepanyol di Eropah. Di sebelah Timur, ia melanggar kerajaan Safavid, suatu ketamadunan yang berabad umurnya, tumbang di tangan orang-orang Arab yang mereka tak pernah dengari itu. Sememangnya suatu fenomena yang luar biasa.

Justin menulis: "dan di tahun 637, sejurus lima tahun selepas kewafatan Baginda Mohamad, penghulu Sophronus telah menyerahkan kunci gerbang Jerusalem bukan kepada Kemaharajaan Parsi, yang sekarang pun sedang mengendur, tetapi kepada seorang khalifah yang berketurunan arab bernama Umar, pemimpin kepada suatu agama yang baru, asing, dan militan."

(sudah tentu antara poin yang menarik di sini adalah Saidina Umar melarang sebarang usaha untuk menukarkan gereja kepada masjid setelah ia menakluki kota itu, juga tiada usaha untuk memaksakan keyakinan baru terhadap kaum-kaum bukan muslim di kota itu. Beberapa sejarawan melihat agenda perluasan wilayah ketika ini bukan sangat pasal jihad agama, tetapi jihad nasionalisme arab).

Masjid Umayyah, antara bangunan agung tersergam di Damsyik.

Meskipun Mekah tercatit sebagai kota kelahiran Islam, kedudukannya sebagai pusat kekuasaan tidak lama. Setelah kekuasaan jatuh pada tangan Saidina Muawiyah yang pintar dan bersemangat negarawan, pusat kekuasaan ini berpindah ke Damsyik, di Syria. Perkara ini dibuat atas beberapa sebab; antaranya ingin membawa tumpuan keluar daripada Hijaz dan selanjutnya bersaing dengan pemain-pemain adikuasa dunia ketika itu. Lokasinya yang lebih rapat dengan Jerusalem dan di tengah laluan Timur-Barat menjadikan ia sangat strategik untuk perkembangan kuasa. Di sana Masjid Umayyah didirikan untuk menandingi gereja-gereja kristian Syria.

Pun begitu, kadar penyebaran islam yang terlalu pantas ini juga akhirnya mengakibatkan kesan yang dahsyat. Arab-arab muslim yang menguasai kota-kota ini menjadi bangsawan di tanah asing, menghambakan warga-warga bukan arab yang lain untuk menggerakkan pemerintahan dan ekonomi mereka. Jika dahulu mereka pahlawan dari padang pasir, kini mereka bermastautin secara bermewah dan lumayan di kota-kota berjauhan dengan tanahairnya. Banyak di kalangan hamba-hamba ini akhirnya memeluk agama islam (antara sebabnya adalah ingin mengelak membayar cukai jizyah). Hal ini menyebabkan suatu keadaan yang mana jumlah bukan-arab muslim melebihi arab muslim, lalu memecah kepada peristiwa berdarah yang dinamai Revolusi Abbasiyah.

Justin menulis: "sebuah revolusi shiah sedang membenih di selatan Iraq dari 719, ketika seteru-seteru Umayyah di kota Kufah menghantar utusan yang menyamar sebagai penjual wangian ke suatu desa di Laut Mati di Jordan. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan keluarga sepupu jauh Baginda SAW untuk mengetuai suatu pemberontakan melawan rejim yang dibenci itu. Abu Al Abbas, cicit kepada bapa saudara Baginda SAW bernama Abbas, menjadi pemimpin revolusi tersebut. Meskipun pertalian darah mereka dengan Baginda SAW tidak serapat Wangsa Ali, kaum Abbasiyah sangat tersusun dan cekap di dalam gerak kerja mereka.

Kemudian, lebih banyak perutusan rahsia dihantar dari Kufa ke Khorasan, penjuru paling Timur wilayah Islam, suatu daerah yang terbentang langit yang kini sebagian Timur Iran dan Afghanistan, Uzbekistan, dan Turkmenistan. Inilah dunia gurun dan bersalju melitupi pergunungan Hindu, kota-kota purba seperti Samarkand, Bukhara, Nishapur, Herat, Balkh, dan Merv. Ditakluki pada 650 oleh angkatan islam, Khorasan menjadi persinggahan penakuluk-penakluk Arab dan cucu-cicit mereka, justru mengislamkan perantau-perantau Turki, putera-putera Iran, saudagar Soghdian yang kaya-raya, serta kaum-kaum miskin dan papa. Revolusioner-revolusioner ini berpidato tentang Kebangkitan Islam dan sebuah dunia baru yang mana Arab dan Bukan-Arab dilayani sama rata sebagai Muslim, tak seperti Umayyah yang mengenepikan kaum lain."

Apa yang terjadi seterusnya, adalah antara peristiwa paling berdarah di sejarah islam. Angkatan abbasiyah yang melanggari angkatan umayyah di Sungai Zab dan meskipun dengan jumlah yang sedikit, berjaya menghancurkan rejim yang mereka benci itu. Rekod menjelaskan bagaimana askar-askar umayyah disembelih dengan kejam oleh askar-askar abbasiyah. Kota Damsyik dipunggah, dibinasakan. Jasad-jasad bergelimpangan dan makam-makam kerabat Umayyah lain dibongkarkan, mayat mereka disalibi, dihanguskan menjadi abu.

Kekuasaan wilayah islam pun bertukar dari Umayyah kepada angkatan berpanji hitam Abbasiyah, serentak dengan pusatnya kini di Baghdad.

Tak banyak lagi yang perlu diceritakan tentang Baghdad. Sebagai kota yang memunculkan Baitul Hikmah, ia antara kota yang paling cemerlang di dunia. Ilmu-ilmu dari seluruh pelusuk jajahan Islam dibawa, disimpan, dikaji, serta dibahaskan di sana. Kerajaan Abbasiyah memberi banyak fokus pada hukum-hakam Romawi, perubatan Yunani, matematik, falsafah, geografi, mistikisme india, keilmuwan parsi, kartografi, astronomi, dan sastra-sastra pra-islami. Banyak yang mencemburui kota ini dan pendeta-pendeta dari benua Eropah dan Asia mampir ke sini untuk belajar dan mencipta nama. Kota ini kekal di ingatan umat islam sebagai mercu tanda kecemerlangan intelektualisme Islam sebelum ia diranapkan oleh angkatan Mongolia beberapa abad kemudian.

[SAMBUNG KE BAHAGIAN DUA NANTI]

Comments

nobita slot said…
Nobitaslot Situs Agen Slot, Daftar Slot Gacor Online Terpercaya di Indonesia

Nobita Slot adalah Agen Slot Terpercaya di Indonesia, Daftar Situs Slot Gacor Online Terlengkap dan Terpopuler Hanya di Nobitaslot.

nobitaslot
nobita slot
daftar slot
daftar slot online
daftar slot terpercaya
daftar situs slot
daftar agen slot
daftar slot gacor
situs slot
situs slot online
situs slot gacor
situs agen slot
situs slot terpercaya
agen slot
agen slot online
agen slot terpercaya
agen gacor online
agen slot online
agen slot gacor
gacor online
gacor slot
gacor slot terpercaya
slot
slot online
slot terpercaya
slot online terpercaya
slot gacor

Popular Posts