"Kejadian-Kejadian Hujan dan Nuh, si Kucing."

Kucing dalam hujan.

"Angin sejuk datang bertiup dari tingkap. Di luar, jendela menunjukkan langit yang mendung. Seperti mahu hujan. Aku mendongak kepala ke luar. Awan kelabu yang datang dari kawasan bandar itu seperti menjanjikan hujan yang lebat dan berpanjangan. Barangkali juga banjir. Di Kelantan dan Kedah sudah pun banjir, fikirku. Tingkap ditutup dan aku melabuhkan punggung di ruang tamu semula.
Jam yang tersangkut di dinding menandakan pukul enam petang. Aku ada kira-kira dua jam setengah sebelum Maria tiba."


Dua hari lepas, cerpen aku berjudul 'Kejadian-Kejadian Hujan dan Nuh, si Kucing' sudah diterbitkan dalam ruangan Selangor Kini.

Boleh baca di sini.

Kalau ada kritikan atau ulasan, tembak aku. Aku suka dengar pendapat dan pandangan orang mengenai karya sendiri. Terima kasih daun keladi.


p/s: Dua kertas lagi untuk dihabisi sebelum aku merdeka. Dua, Dan kemudian aku akan cuba fikir apa lagi nak dibuat untuk mengisi 2015 yang masih segar dan baru ini.

Comments

Popular Posts