50 serpihan mengenai Solo-Jogja.

Namaste.

1. Temanku pernah memesan, "dalam hidup kau mesti kembara sendirian, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup." Aku mengangguk dan menghirup teh sultan dan berfikir panjang dan beli tiket pergi-balik ke Jogjakarta, Indonesia. Aku rancang untuk terus seminggu di sana.

2. Aku tidak ada kawan atau keluarga di Jogjakarta, apatah lagi di Indonesia secara keseluruhan. Malah aku pergi tanpa apa-apa rancangan. Aku terus mencampakkan diriku ke sana dan berikhtiar untuk hidup.

3. Jogjakarta ialah kota yang terletak di tengah-tengah kepulauan Jawa. Di timurnya, Surabaya. Di baratnya terletak metropolitan Jakarta, ibukota Republik Indonesia.

4. Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto semasa matahari tegak. Aku tidak ada gambaran mengenai Jogjakarta, awalnya aku sangka Jogja ialah bandar yang pesat dan maju seperti di Kuala Lumpur, aku salah.

5. "Gabenor kami keturunan sultan, mas. Kami dan Solo (Surakarta) pernah jadi sebahagian daripada kesultanan yang sama, sebelum adik-beradik itu berpisah dan mentadbir negeri sendiri-sendiri." kata supir teksiku. Kereta kami membelah jalan raya yang sarat dengan motorsikal dan becak menuju Malioboro.

6. Lantaran tiada rancangan mahu-tinggal-mana dan mahu-buat-apa, aku keliling Malioboro selama tiga puluh minit (dengan beg berat) sebelum aku menemui Pak Mior, yang akhirnya membawaku ke Edu Hostel, kamar yang murah lagi sesuai untuk pengembara sepertiku. Aku menempah katil di situ.

7. "Panggil aku Mior, seperti Miaw. Kucing itu, mas." Seloroh Pak Mior semasa aku mengenderai bantornya keliling bandar. Dia membawaku mencuba Nasi Gudeng, Kopi Luwak, dan melihat batik-batik mahal di toko-toko pelancong.

8. Aku hanya membayar Pak Mior dengan 50,000 Rupiah (RM15) untuk perjalanan separuh hari tadi.

Inilah bantor yang bawaku keliling Jogjakarta.

9. Mas Hendra dari Surabaya dan dia kawan sekamarku. Kami berbual-bual mengenai tempat asal kami dan Hendra berjanji untuk bawaku berjalan keliling Jogja. "Aku ada kerjanya di sini untuk bantu teman, tapi bila lapang, kita bisa berjalan." Kami bersalaman, termeterailah persahabatan dua anak muda nusantara ini.

10. Malam, aku dan Hendra mengambil bas dari stesen, langsung ke pekan Malioboro. Malam Jumaat begitu hidup di pekan yang sederhana ini. Batik-batik, sate-sate, bakso & bakwan dijual di sana sini sepanjang jalan. Supir-supir becak menanti di persimpangan dengan kretek di tangan mereka.

11. Bakmie sedap sekali.

12. Ada sebuah jalan yang diabadikan kepada Ahmad Dahlan, pengasas utama gerakan Muhamadiyyah, Ia sebuah pergerakan islam yang terbesar di dunia selepas Ikhwanul Muslimin. Meskipun begitu, mereka tidak melibatkan diri dalam iklim politik negara ini.

13.

Aku sengaja memilih lorong belakang ketika sedang melilau di Jogjakarta. Ini persimpangan dari Jalan Ahmad Dahlan. Di setiap penjurunya melantun-lantun bacaan Al-Quran oleh anak-anak Muhamadiyyah.

14. Telur puyuh digoreng dadar.



15. Alun-alun ialah pusat sesebuah bandar.

Dewi-dewi kecil ini merengek meminta aku menggambari mereka apabila melihat aku membawa kamera.

16. MUZIUM:

A) Sonobudoyo ialah muzium kebudayaan Jogjakarta. Di dalamnya kau menemui patung, ukiran, alat muzik, dan arca-arca peninggalan masyarakat Jawa kuno yang berpegang teguh kepada ajaran Hindu-Buddha. Kau akan berasa takjub dengan jati diri yang dipunyai oleh masyarakat ini. Mereka sayangkan budaya mereka dan mereka hidup bernafaskan budaya Jawa ini. Kedatangan Islam tidak sedikit pun menjadikan mereka lebih 'arab'.



Al-Quran dan lukisan bermotifkan watak-watak budaya Jawa.

B) Benteng Vredeburg ialah bekas peninggalan penjajah Belanda. Ia pernah dimanfaatkan sebagai kubu peperangan, kini berdiri sebagai muzium memperingati perjuangan-perjuangan nasionalis yang pernah berlaku di Jogjakarta. Di tengah-tengahnya berdiri tugu Jeneral Soedirman, antara sosok utama dalam Revolusi Nasional Indonesia beberapa dekad lalu.

Seorang anak melihat Diponegero.

Seni sebagai pencetus kesedaran politik.

Ini baru punk!

C) Kraton ialah peninggalan istana Kesultanan Kraton semasa mereka masih menguasai Jogjakarta. Di sini tersusun taman-taman larangan, kolam air berbunga, kamar para selir (bacaa: gundik), dan masjid yang terbina bawah tanah. Pak Djohan memaklumiku bahawa masjid ini berbentuk bulatan dengan binaan dua tingkat; lelaki di bawah dan wanita di atas.

Pintu kemasukan.

Pintu kemasukan #2

17. "Biar kita miskin harta, tapi kaya jiwa Mas. Begitu lebih bahgia." Kata Pak Djohan semasa kami sedang mencicip teh pochi menanti hujan reda.

18. Pecel Ayam dan usus goreng jadi makan malamku di Ngampilan.

19. BOROBODUR:

Ada dua jenis tiket untuk masuk ke Candi Borobudor. Hendra telah mendapatkan untukku harga lokal. "Kamu ngomong aja kamu orang Indonesia." Aku mengangguk patuh.

 Ada beberapa tingkat untuk ke Borobudor. Ia berbentuk seperti piramid batu; penuh ukiran-ukiran hindu-buddha pada dinding-dindingnya. Setiap tingkatnya pula dibarisi stupa yang mengurungkan buddha. Patung-patung batu ini bertapa memandang setiap arah dengan ketenangan yang luar biasa. Masa seperti tidak menghakis mereka; puing-puing ini abadi. Dan hutan yang memerangkapnya hanya menambahkan lagi kesunyian buddha-buddha ini. Barangkali itu apa yang mereka butuhkan.

Mas Hendra memaklumiku: "Jika turis-turis itu datang dari Thailand atau Kemboja mas, mereka akan keliling puncak Borobodur itu tujuh kali. Ibadahnya mungkin.

Stupa-stupa.

Diwajibkan untuk memakai kain sarung biru apabila kau hendak melawat Candi Borobudor. Tapi usah bimbang, mereka ada sediakan.


20. Jogjakarta terkenal sebagai kota ilmu dan budaya.




21. PARANGTRITIS:

 Kami menaiki motor untuk ke Parangtritis, sebuah pantai yang terkenal di Jogjakarta. Lautnya berhadapan dengan Laut India, jadi ombaknya tidak bersahabat seperti yang biasa di Malaysia.

Perjalanan memakan masa sejam - melalui hutan pokok pain yang tebal dan kelompok-kelompok bukit pasir putih - sebelum Mas Hendra mengumumkan kepadaku. "Kau pernah lihat Kansas, Johan?"

"Enggak."

"Jadi aku akan bawamu ke Kansas sebentar lagi."

"Kansas?" Tanya aku kebingungan.

"Ya, Kansas di Indonesia. Aku panggil tempat ini Kansas, Mas Johan."

Serentak itu motor kami keluar daripada hutan dan apa yang terdampar di depan mataku menghambat nafasku; terbentang di depan kami adalah tanah lapang, jalan yang panjang dan lurus di sepanjang pantai, ombak-ombak bergulungan, dan gunung kehijauan yang menjadi latar untuk pantai yang hebat ini. Beberapa motor dan kereta menyinggah di beberapa perhentian untuk menggambari suasana. Mas Hendra memijak pedal dan roda motor berpusing laju lagi dan aku depakan tangan dan rasakan angin-angin yang melalui celah-celah jariku.

Singgah sebentar untuk Indomee + Nasi.


22. Kami meminum kopi hangat di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam di dada Parangtritis.

Video yang dirakamiku hilang, jadi hanya foto ini yang ada.


23. PENGEMBARAAN KE SURAKARTA:

Wan Azriq memesan kepadaku, kalau pergi ke Jogja, singgah sekali di Solo. Solo seperti Jogja, cuma kurang padat. Bandarnya lebih tradisional berbanding Jogja.

Aku mengambil keretapi daripada stesen dan tiba selepas sejam setengah perjalanan. Seperti biasa, aku turun di Solo tanpa apa-apa perancangan. Aku cuma datang dan biarkan Qada & Qadar memenuhi tugasnya.

Sesampai di Stasiun Solo Balapan, perutku berkeroncong. Baru aku sedar aku tidak makan apa-apa lagi untuk tengahari. Aku pergi ke kedai sate yang berhampiran, lalu memesan sepuluh cucuk sate kambing beserta nasi. Apa yang terjadi selepas itu bakal mengubah hidupku seratus lapan puluh darjah.

Kerana

sate

itu

enak

BANGET!!!

Bercucuran air mata aku apabila aku mengunyah gumpalan daging bercampur kicap di dalam rumah makan yang sederhana itu. Aku tidak pasti pun jika ia benar-benar kambing; tapi segar dagingnya, rempah kicapnya, panggang arangnya, semuanya begitu kena dengan tekakku. Malahan, dagingnya gemuk dan berlemak. Aku menangis sambil meratahi sate tersebut dan supir-supir memerhatikan aku dari jauh hanya ketawa.

Sate paling enak di dunia

24. Di Pasar Gede, aku mencuba cendol dan kopi ais. Ternyata cendol Malaysia lebih enak di lidahku berbanding cendol di Solo. Ah, betapa aku merindui tangan-tangan berbulu yang menyediakan cendolku di KL itu. Santan dan gula melaka.

Selepas aku memesan kopi ais daripada makcik itu, seorang lelaki menyinggah di gerai tersebut dan memesan nasi bungkus. Makcik tersebut menyediakan bungkusan dan membuka penutup periuk di depanku. Ada daging bersalut rempah yang cepat mengaromakan hidungku. Nafsu makanku mencanak sekali lagi.

"Mbak, daging apa ini? Enak nampaknya."

Dia tersenyum kepadaku. "Ini babi. Kamu mau?"

25. Jalan raya di Surakarta memang lebih kecil. Bangunan-bangunannya juga masih dengan rekabentuk gaya 50an atau 60an. Aku kira, kedai-kedainya tidak tinggi melebihi daripada dua tingkat. Ada perasaan seperti kau merentasi masa apabila kau melilau di kota ini. Rekabentuk 50an & 60an dan supir-supir becak menanti kau di setiap penjuru jalan.

Pengangkutan utama di sini memang tak bergantung kepada kereta.


26. "Jika kita bersatu hati bahu membahu tanpa mengira agama, Mas, otomatis binasalah terroris-terroris itu..." Mas Nanang, protestan. Di Walikota Solo. Dia menegurku bertanya aku mahu ke mana. Aku beritahunya aku turis. Lalu aku duduk di sebelahnya dan menghisap rokok sama-sama dan berbual mengenai kaum nusantara yang dibahagikan oleh nasionalisme negara masing-masing.

Mas Nanang.

27. Muzium Solo-Keraton suram. Ia seperti muzium budaya yang ada di Jogja, cuma terasa lebih kuno. Aku berjalan sendirian melalui koridor-koridornya yang berdebu dan gelap. Patung-patung Siva, Buddha, dan Ganesha menyapaku dari balik cermin. Mural-mural budaya Jawa yang terpampang pada dinding begitu menghantui; seolah-olah mereka sedang cuba berbicara dengan kita sebagai pengunjung yang datang dari abad kedua puluh satu.





28. Solo hujan ketika aku menanti di stesen keretapi. Aku belek-belek The Great Gatsby sementara menunggu ketibaan tren. Aku memesan bakmie dan secawan teh hangat di kafe.

29. Mahendra pulang ke Bandung selasa pagi.

30. Aku berkenalan dengan Mbak Meri dan Mbak Indah. Mereka mahasiswi Universitas Nasional Jogjakarta. Meri seorang katolik manakala Indah pula muslim Mereka memesraiku apabila mendapat tahu aku dari KL. Ini seterusnya menjadi pengembaraan aku yang baru untuk sisa dua hari lagi di sini.

31. Mereka membawaku makan mee bakso dan gelato di kota. Kami berbual-bual mengenai perbezaan anak-anak muda di KL dan Jogjakarta. Aku dapati kita masih tidak banyak beza dengan jiran kita di sana: selfie sebelum makan, dengar lagu hipster, etc etc.

Meri bercanda: "Kalo dulu kami bacakan doa sebelum makan. Sekarang, kami ambil foto dahulu."

Tour guideku di Jogja.


32. Aku jadi segan bila Meri beritahuku bahawa dia bingung apabila aku mengajaknya berbual di kafe. Aku lupa bahawa bual = ngobrol dalam Bahasa Indonesia. Dan istilah bual, kalau dipakai di sini, bermaksud penipu. Jadi ia seolah-olah aku mengajaknya 'berbohong' di kafe.

Aduh!

33. Candi Sambisari berbeza dengan Candi Borobudor. Binaanya tidak mengangkat ke langit, sebaliknya membenam ke bumi.

Hello.


34. Pasangan kekasih yang berpelukan di tepi candi. Aku, Meri, dan Indah hanpir-hampir termuntah.

35. Berbual dengan seorang kawan dari Chille tentang politik, sosial, dan ekonomi negara masing-masing. Katanya dia sukakan filem-filem Gael Garcia Bernal. Apabila aku tanyakan tentang Jeneral Pinochet, wajahnya berubah.

"That bloody bastard. I hate that bastard Pinochet he's a dictator."

36. Berbual dengan Luis, kawan dari Sepanyol. Dia tidak bangga dengan tradisi matador (Hemingway tentu kecewa melihat orang Sepanyol begini). Luis ialah pengembara yang tulen, bagiku. Dia senang untuk diajak berbual meskipun bahasa inggerisnya tidak telo sepertiku.

37. Aku baru dapat tahu, daripada Lam Yit Sim, bahawa kawan alma materku A. juga turut berada di Jogja ketika ini. Kami berhubungan melalui fb dan berjumpa untuk merasai Kopi Jos di Malioboro. Kopi Jos ialah kopi yang dibubuh arang panas di dalam gelasnya, sekali dengan air yang menggelegak. Lidahku lebih menyukai bila ia dibancuh sekali dengan susu.

38. Aku dan A. melalui lorong pelacuran Jogjakarta (kerana apakah kembara tanpa melihat sisi gelap kota itu sendiri). Sebelum masuk, kami harus mengisikan dua ribu rupiah ke dalam tabung yang bertanda: DANA SOSIAL.

Di sepanjang jalannya berbaris perempuan yang tersenyum-senyum menanti cinta untuk dijual-beli.

39. Awal-awal subuh, aku, Meri, dan Indah bertolak ke Pantai Nglambor melalui Gunung Kidul. Pagi di Jogja dingin mencucuk dan aku pula lupa membawa jaket. Habis tubuh menggigil sepanjang perjalanan. Gunung Kidul mengingatkan kepadaku Cameron Highlands, cuma ia lebih besar kawasannya dan dihuni lebih banyak penduduk. Kami singgah sebentar di gerai untuk membeli bungkusan nasi sebelum bertolak lagi ke Ngampilan. Di sana juga aku berkenalan dengan Mas Fidelis.

40. Sepanjang perjalanan, aku lalui kawasan-kawasan desa yang hijau dan berbukit. Di sini masyarakatnya bergantung kepada sumber-sumber tanaman. Aku menyapa sekumpulan petani yang menjunjung bakul semasa motor kami melalui mereka. Mereka tersenyum kembali.

Petani Gunung Kidul.

"Di sinilah kawasan yang enggak ada listrik itu, Johan. Banyak lagi kawasan di negara ini yang masih belum dicapai listrik." Meri memaklumiku. Indah mengangguk-angguk.

Entah kenapa tiba-tiba aku teringat pula kepada kata-kata Mahendra semasa kami bersarapan Nasi Magelangan di atap hostel beberapa pagi lalu. Katanya: "Masalahnya di negara-negara membangun itu bukan kekurangan orang-orang pintar mas, tapi kurang orang-orang jujur."

41. Dua jam perjalanan, kami akhirnya tiba di Nglambor. Kami terpaksa berjalan kaki selama sepuluh minit sebelum tiba di tebing yang bersambung dengan jalan ke pantai. Dari tebing kau boleh lihat Nglambor, dan sekali lagi nafasku dicuri; air sebiru langit, pasir putih jernih, ombak gergasi yang ditembusi oleh gunung kecil di depan pantai (sebelum bercantum semula di perkarangan), dan angin nyaman segar menyambutku senang. Aku senyum dan hatiku berbisik, "celaka, ini pantai yang tercantik aku pernah lihat dalam hidupku."


Nglambor, baby!

42. Kami makan bungkusan Nasi Uduk sebelum Snorkeling. Rasanya seperti Nasi Lemak, tetapi mereka memakannya bersama tempe dan ayam. Juga harus dicuba jika kau ke sana!

43. Sekumpulan lelaki dari Surabaya berasa takjub apabila mendengar aku datang dari Malaysia. Salah seorang daripada mereka, yang paling tegap antara mereka, menghampiri dengan wajah serius lalu bertanya, "kalo benar kau dari Malaysia mas, maka di mana Upin & Ipin sekarang?"

44. Snorkeling sejam. Gambari foto. Mas Fidelis tidak ikut serta. Ombaknya tidak bersahabat dan aku beberapa kali terhanyut lantaran arus yang kuat. Airnya jernih jadi kau boleh lihat ikan-ikannya yang bermain di batu karang.

aku bersama dayang-dayang Gunung Kidul.

Ikan apa entah.

45. Berehat sebentar memakan sate kambing di Gunung Kidul. Meri telah membelikanku Walang (Belalang Goreng bersambal). Aku teragak-agak seketika. Mataku tidak pernah lihat belalang goreng yang dikumpulkan di dalam bekas bersambal begitu. Akhirnya aku mengumpulkan keberanian dan mencuba makanan eksotik ini dengan bunyi rangup yang krapp krapp! Rupanya isi belalang lebih kurang sama seperti udang. Cuma teksturnya lebih kasar. Sejujurnya aku menikmati belalang-belalang tersebut - meskipun aku cuba untuk tidak lihat wajah belalang tersebut sebelum mengunyahnya.

46. Mas Aditya dan Mas Ibenk membawaku untuk mencuba tengkleng kambing pada waktu malam. Sebenarnya, perutku sudah kenyang. Tapi tekakku berkeras ingin mencuba makanan-makanan baru lagi.

47. Aku berdiri memandang jaluran sungai di belakang hostelku. Tiba-tiba aku merasai kenangan-kenangan silamku mengalir seperti air.

48. Aku mengambil becak untuk ke Malioboro, sebelum berangkat lagi ke lapangan terbang. Semasa aku baru hendak keluar Ngampilan, kawan bualku, seorang pakcik buruh tempatan, berlari mendapatkanku seraya memanggil: "Selamat pulang ya Mas. Moga kita bisa ketemu lagi!"

Aku senyum lalu menyahut, "ya, harap kita ketemu lagi Pak. Jaga diri!"

49. HARI TERAKHIR:

Makan aiskrim ditemani Meri di McDonald Malioboro (ya aku tahu pasal polisi aku untuk tidak singgah fast food semasa kembara tapi ini cewek lucu ok). Kami berbual lagi mengenai hidup, kawan-kawan, ibubapa, cita-cita, dan harapan-harapan kami untuk menjelajah ke negeri-negeri yang belum dilawati. Semasa berbual dengannya, tiba-tiba aku dilanda kesedihan, kerana aku bakal meninggalkan tempat ini petang nanti dan aku tahu aku bakal merindui orang-orang yang ramah dan baik denganku di sini.

Akhirnya aku terpaksa berangkat dan kami bersalaman sebelum aku menaiki bas. Aku berjanji untuk membawanya berjalan-jalan di KL pula jika dia mengembara ke sana. Kami bersenyuman lalu aku beredar mendapatkan bas. Aku menyalakan rokok dan melambai kepada Meri buat kali terakhir sebelum dia hilang dalam khalayak.

50. Akhirnya pesawatku mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur II pada jam lapan suku malam, selepas dua jam membelah langit di udara. Aku memikul beg dan berjalan keluar dan melintasi ruang legar yang berdinding kaca dan melempar pandangan ke arah pesawat yang kutumpangi tadi;satu perasaan aneh tumbuh di celah rekahan benakku. Aku rasa aku bukan lagi orang yang sama sebelum berangkat ke Jogjakarta minggu lalu. Mengembara telah mengubah diriku dan pandanganku terhadap dunia sekitarku. Itu merupakan kali pertama aku ke Indonesia dan itu juga kali pertama aku mengembara sendirian.

Dan aku akan lakukannya banyak kali lagi selepas ini; kerana banyak negara yang masih belum aku jelajahi dan jiwaku sentiasa haus akan pengembaraan. Jalan masih luas & panjang dan aku akan tetap maju ke depan, kawan.


Nota Kaki: Aku muatkan foto-fotoku di dalam instagram dengan #SoloKeJogja. Jemput menjenguknya.

Comments

Unknown said…
Rasa kekok kalau komen dalam bahasa sebab sedar tulisan sendiri tak berapa sedap nak dibaca. You clearly had tons more adventure compared to my last visit. I shall take note.

My favourite extract from this post : "Jika kita bersatu hati bahu membahu tanpa mengira agama, Mas, otomatis binasalah terroris-terroris itu..." Mas Nanang, protestan.

Good to know there are still individuals out there appreciating and embracing the differences that brings us together.
Unknown said…
seronok bace .. ge travel lg bro .. seronok tgk kwn2 travel ne .. hahaha
jhnrdzi said…
Ya, Mas Nanang sangat peramah orangnya Miza, kau tentu akan senang berbual dengannya. Dia cuma jaga di walikota (macam pejabat daerah) tapi dari gaya perbualannya, kau boleh tahu yang pakcik ini luas pembacaannya.
jhnrdzi said…
baik bos, aku rancang untuk kembara sekali lagi April nanti. terima kasih Rizal :D
Jati Wijaya said…
Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan, saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami ialah company pelanjongan khususnya pakej pelancongan Jogja. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan. Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan service memuaskan kerana kami handle langsung dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan sila whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.(FREE).

Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (31-50 seater) dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian. Bole ambik pakej fullboard, ground (tanpa hotel), atau pakej tanpa makan, semua kami sesuaikan keinginan Tuan/ Puan/ Abang/ Akak.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Lepas itu kita pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Lepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat persiapan tour esok hari.
Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.
Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport

Harga bermula dari:
RM 599 (2-5 pax)
RM 421 (6-11 pax)
RM 379 (12-17 pax)
RM 333 (18-33 pax)

All package types include:
Private Car AC (All new Avanza /Livina /Jazz /Xenia /Innova for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 18-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
Hotels 3 nights *2
Driver
Driver Meals
Parking fees
Tour guide (by request)
Entrance ticket’s stated in itinerary
Dinner and lunch based itinerary
Documentation (by request)

Exclude:
Airport taxes
Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
Additional menu for dinner / lunch (if included)
Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season

Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassallamualaikum Wr Wb

Popular Posts