Leteran untuk anda, Ramadhan!

(dan saya sedang berasa lapar)

ok aku tulis cepat-cepat saja. pagi tadi kertas administration of trust, yang aku rasa aku jawab tak berapa baik. aku rasa macam nak muntah saja jawab tadi. leteran ini adalah cara untuk aku menyalurkan kekecewaan itu ke dalam bentuk terbitan blog.




I.

Mungkin sebab aku pernah jadi pekerja pada bulan ramadhan (pelayan restoran lagi, broh), jadi aku faham benar dengan apa yang si perempuan ini rasa. Memang ada majikan-majikan yang tak ambil endah dengan kebajikan pekerja, yang tidak ambil pusing dengan penat lelah pekerja sampai tak diizinkan waktu berbuka bila datang maghrib. Ada yang sampai satu tahap - membenarkan maki-makian pelanggan lagi sebab makanan yang mereka pesan tidak sampai pada waktu yang betul (yakni lima minit sebelum berbuka puasa) dan oleh kerana nenek moyang kami diajar bahawa pelanggan sentiasa betul kerana mereka ada duit, hatta kami pekerja harus akur dengan tuan-tuan kami yang banyak karenah, meskipun kadang-kadang rasa nak tumbuk muka angkuh mereka.

Tetapi ada juga pelanggan yang berhati mulia. pernah sekali sewaktu aku lintang-pukang cuba pastikan makanan sampai di meja yang betul, dan waktu azan dah berbuka, seorang pakcik india mempelawaku duduk di sebelahnya untuk makan sama. Dia kata ini waktu orang islam berbuka maka orang islam harus makan. Kalian sudah seharian berlapar. Aku tersentuh pada waktu ini. Ada juga pada waktu yang lain, pakcik melayu yang - mungkin rasa kasihan - menghulurkan sikit beberapa biji kurma kepada kami yang dilihatnya bertungkus lumus memastikan setiap meja dilapik berpinggan-pinggan makanan. Yang selebihnya tetap sama-sama saja: wajah mencuih dengan muka berang kerana mereka seorang sahajalah orang islam yang mengamalkan rukum islam pada bulan ramadhan, dan yang lain tidak.

Untuk Pakcik Raven, aku suka ayat ini: "We dont need multi million ringgit promos to create 1Malaysia. Just treat everyone like brothers and sisters, you will have a loving environment." Orang-orang yang bernafsu perkauman seharusnya berasa malu dengan pakcik ini. Hati budinya lebih tulus berbanding pakcik-pakcik yang menjerit bangsa melayu! bangsa melayu! sambil mencucuk-cucuk keris pada langit tetapi tidak reti-reti beradab santun seperti yang diasuh melayu.

Nah, dengar kata aku, kalau engkau mahu Malaysia engkau maju dan makmur dalam segala bidang, engkau tak perlukan seketul besi bernama KLCC atau bongkah batu yang ditandakan nama 'Pavillion' untuk buktikan itu. Engkau cuma perlu sebarkan cinta dan kasih sayang.

II.

Aku sentiasa berasa terkejut dengan Kuala Lumpur. Seperti kotak coklat, ia sentiasa menyimpan rahsia. Cuma kali ini ia kotak coklat berjenama Cadburry dan aku tidak putus-putus merasa kebabian campur kejutan untuk satu peraturan baru yang diperkenalkan oleh kuasawan di sana: kalau engkau suapkan kaum gelendangan makan, kami saman kau. Kami tetap akan cari jalan untuk saman kau dalam apa cara yang kami fikirkan waras.

Itulah peraturan baru yang dikemukakan Tengku Adnan baru-baru ini. Alasannya memang tak boleh blah. Tujuan peraturan ini, katanya, adalah untuk menjaga nama baik Kuala Lumpur. Kita perlu memastikan lorong-lorong dan pusat membeli belah kita sentiasa bersih daripada kaum gelandangan ini kerana mereka boleh menakut-nakutkan pelancong asing.

Ah, macam inilah. Aku pun ada cadangan tersendiri juga mengenai apa yang harus dibersihkan di Kuala Lumpur sana. Ini senarainya:

1. Sampah sarap
2. Mat rempit
3. Budak Pavi
4. Jalan berlubang
5 Udara tercemar
6. Tauke dadah
7. Kedai kapitalis mahal
8. Menteri tamak.

Dengan ini, barulah aku berpandangan mat salleh-mat salleh dari Pennsylvania, Amerika Syarikat atau gadis-gadis bermata biru dari Moscow akan suka melawat Malaysia, truly Asia.

Tak lupa juga, Ku Nan, tambahkan beberapa pokok dan kedai buku untuk bandar tercinta kita. Kuala Lumpur perlu jadi lebih hijau dan berilmu.


III.

Rata-rata Bazaar Ramadhan di Shah Alam memang mengecewakan. Malah ada beberapa yang menyakitkan hati. Mana tidaknya! Air tebu yang dibeli berbungkus, apabila dibawa ke rumah, rasa macam air tawar Syabas! Roti John yang dijunjung pulang ke rumah, rupa-rupanya tak sedap! Nasi Ambeng yang aku sibuk puji depan kawan, ada stapler dalam nasi mereka! (yang ini paling what the fuck moment). Itu belum lagi dengan penjualan dengan harga yang mahal dan kebersihan yang kita boleh ragui. Kadang-kadang aku rasa kita perlu ada sebuah badan untuk pantau gerai-gerai Bazaar Ramadhan ini. Jangan bagi mereka bebas berbuat ikut suka hati sangat. 

Ada satu hari, aku beli bihun sup di seksyen tujuh depan i-city, dengan harga lima ringgit, aku dapat bihun, sup tawar, dan dua cebis kecil ayam. Aku tanya kakak itu, ini saja? Dia pun kata, ya ini saja adik.

Itu saja nilai lima ringgit aku.

Setakat ini, Bazaar Ramadhan yang paling ok ada di Seksyen 13, bersebelahan stadium. Tapi itulah, jalan sesak. Pandai-pandai engkaulah nak masuk macam mana.


IV.

Dan lagu bulan Ramadhan kita:





tammat

Comments

the434355 said…
tumpang tanya, benarkah sabun pencuci pinggan joy dapat membasuh pinggan dari malaysia hingga singapura?
the434355 said…
This comment has been removed by the author.
a n said…
betul sekali..yang perlu dibersihkan ialah budak pavi...haha..sakit mata aku tengok diorang..

Popular Posts