Pembacaan.

Dalam novel Norwegian Wood tulisan Haruki Murakami, Nagasawa memberitahu protagonis, Toru Watanabe bahawa "Sekiranya kau membaca buku yang orang lain baca, maka pemikiran kau pun akan jadi sama seperti mereka. If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking.”


Haruki Murakami, salah seorang penulis yang banyak menyumbang kepada kesusasteraan moden.

Jadi disini timbul soalannya, apakah buku yang dimaksudkan oleh Nagasawa itu? Saat itu mereka berbual mengenai kesusasteraan Barat dan kedua-dua mahasiswa ini berkongsi minat terhadap The Great Gatsby, karya besar F. Scott Fritzgerald. Nagasawa mencemuh kawan-kawannya yang lain kerana lebih suka membaca 'picisan' atau karya-karya yang terlalu cliche. Dia tidak mahu jadi seperti mereka. Nagasawa membutuhkan perbezaan, dan sepertimana dia percaya - pemikiran seseorang manusia dilentur oleh buku yang dibacanya.

Dan semalam ditwitter, perdebatan hangat perihal buku sastera lawan buku picisan ini dihangatkan semula. Siapa yang menyalakan apinya - itu kurang penting berbanding apa yang api itu cerahkan untuk kita nampak sebelum ia padam. Aku tak sempat membaca keseluruhan debatnya, tapi aku kira, beberapa tweets sudah memadai untuk aku erti substans yang meminyaki api ini.

Sesetengah orang berhujah, buku picisan/alternatif/dll merendahkan mutu sastera dengan penggunaan bahasa dan plot yang gampang. Bahasa yang digunakan kadang-kala terlalu pasar, tidak mengikuti hukum, dan kedengaran keterlaluan apabila bahasa carutan diulang-ulangkan oleh penulis. Perkataan-perkataan seperti pukimak, lancau, dan seumpama digunakan supaya sesebuah karya itu kelihatan lebih real.

Ini dibalas pula oleh beberapa orang yang lain kerana buku picisan/alternatif/dll bukanlah mempunyai matlamat yang serupa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Mereka mahu menarik pembaca buku, bukan pembaca sastera. Ada juga yang ingin mempertahankan penulis-penulis ini dengan berkata "Kau kritik banyak sangat pasal buku, apa kata kau tulis buku?"

Komen itu sebenarnya sangat tidak demokratik. Ruang itu harusnya tidak patut dipersempitkan. Setiap pembaca bebas menyurarakan pendapatnya. Ini kerana apabila seseorang penulis menulis sebuah buku dan mempersembahkan karya kepada umum, maka dia juga harus berani menerima kritikan - walau betapa pedasnya ia. Setiap penulis seharusnya bersifat lebih terbuka dan mampu menyerap kritikan itu supaya dia menjadi lebih bagus. Improvising. Untuk pihak pembaca pula, walaupun ya mereka berhak mengkritik, tetapi biarlah ia dipacu dengan substans dan biarlah ia membina. Tidak salah mahu mengkritik, tetapi ia berdosa sekiranya kamu memperkecilkannya sampai satu ekstensi, menafikan penulisannya.

Bagi aku secara peribadi, aku setuju dengan kritikan pertama perihal bahasa dan plot. Dua struktur ini sangat penting dalam pembinaan sebuah karya. Aku kurang gemar membaca buku-buku picisan/alternatif/dll kerana kebanyakannya menggunakan bahasa yang aku kira, keterlaluan disamping plot yang juga kadang-kadang melaut. Walau bagaimanapun, picisan/alternatif hanyalah sebuah label, dan ada juga beberapa buku yang melekat direlung otakku, Mat Tiara misalnya. Itu selera masing-masing dalam menentukan.

Aku mula membaca dengan buku-buku Dan Brown. Ini berangkat pula ke Phillip Pullman, Eoin Colfer, Robert Ludlum, dan lain-lain sebelum aku mula mengenali karya-karya tanahair seperti A. Samad Said dan Faisal Tehrani. Kemudian melalui pendedahan diinternet, aku tahu mengenai zine dan buku-buku alternatif. Kalau bukan kerana Revolusi Internet, maksud zine itu sendiri dan kewujudannya pun aku tidak tahu apa. Aku hormati usaha mereka kerana mampu menulis dan menerbitkan karya dengan titik peluh sendiri.

Industri ini tidak patut diperkecil. Benar karya mereka masih biasa-biasa, tetapi itu kerana industri buku dimalaysia masih muda. Ia ibarat seorang bocah dan tugas para pembaca ini tidak lain dan tidak bukan membimbing dengan kritikan yang matang. Interaksi antara dua pihak ini penting untuk terus memartabatkan budaya membaca dikalangan masyarakat. Cubalah bersifat ego mana sekalipun, kita tak mampu nafikan bahawa mereka juga terlibat dalam membentuk masyarakat yang membaca, bukan buku-buku DBP sahaja. Malah buku-buku DBP juga kadang-kadang gagal dalam menarik pembaca-pembaca yang baru bertatih.

Pokoknya mudah, interaksi kedua belah pihak. Rasa hormat. Buangkan rasa bongkak. Penulis harus lebih banyak membaca karya-karya bagus untuk diserapkan kedalam penulisan mereka supaya tidak tandus dengan substans dan idea. Kamu juga berperanan untuk membentuk minda masyarakat, maka bentukkanlah semoleknya. Bukan sekadar carutan kosong dan menulis-hanya-untuk-menulis. Ada beza antara penulis yang membaca dan penulis yang tidak membaca. Ada beza.

Satu hari nanti, aku juga mahu menerbitkan sebuah buku jika diizinkan tuhan. Buat masa sekarang, aku masih mengumpul idea untuk merangka karya. Harapnya nanti pembaca pun tidak terlalu keras menghentam penulis-penulis yang mahu menceburi dunia yang mencabar ini.

"Sastera tidak boleh diikat, dirantai, mahupun dikurung. Ia bebas bergentayangan. Ia harus membakar dalam banyak warna!"


Ini saya pinjam dari Jargon Books.


Nota: Kawan saya, Alia Affendy sedang mengumpulkan buku kanak-kanak untuk projeknya #BooksForChildren . Sekiranya kamu ada buku yang baik untuk disumbangkan untuk pembacaan kanak-kanak, carilah tweethandle ini @alia_affendy . Mari kita sama-sama meraikan budaya membaca!





Comments

Cangkul Emas said…
aku ini kurang ilmunya dalam membuat karya. Sekarang baru aku tau, semua karya itu bukanlah kesusasteraan.
jhnrdzi said…
@cangkul

bro, sastera yang dimaksudkan sini adalah karya-karya yang dikatakan 'deep', menurut tweet seorang inilah. Sebenarnya, setiap penulisan adalah sastera.
APi said…
Aku look forward untuk karya kau nanti Jo.
Päk Läng said…
ramai yang tidak sedar dan cuma terlalu terkejar-kejar menulis untuk menghasilkan sesebuah karya; semberono mungkin? ya, dan kita harus lebih banyak membaca. aku lebih bermaksud untuk mengingatkan diri sendiri. artikal yang bagus, kawan :)
shafizah said…
aku pembaca sastera, sekali sekala aku baca buku-buku indie. bagus juga. kedua-dua jenis karya ni memperlihatkan dunia dengan cara masing-masing. ada yang tiada pada buku pure sastera tapi aku dapat dari buku indie, dan sebaliknya. ahh mereka saling melengkapi.
jhnrdzi said…
Insyaallah boss. Aku masih dalam proses 'mencari dan merangka' lagi.
jhnrdzi said…
bagi aku peribadi, tidak salah untuk menulis apa sahaja, tapi afdal kalau kita menulis sesuatu yang bermutu - mampu diingat orang. kita semua dalam proses untuk jadi lebih baik.

Terima kasih kawan :) semoga berjaya dalam cita-cita menulis juga!
jhnrdzi said…
Indeed. Aku pun sama seperti kau. Buku Indie lebih tidak formal, tapi mereka juga ada sisi-sisi yang menarik. Walau pun taste aku mungkin lebih kepada sastera, tetapi aku hargai usaha mereka. Sastera harus ada banyak warna!
Hazmi Al-Wafi said…
Assalamualaikum.

Seingat aku, kali terakhir aku belajar sastera secara formal waktu sekolah menengah dahulu (kalau pendefinisian sastera aku tidak salah lah). aku medical student sekarang, dan berminat nak tulis buku.

aku suka (gila) baca tulisan2 sastera klasik(klu pendefinisian sastera klasik aku betul lah)dekat blog2,menarik. tapi awlawiyat aku dengan buku2 medik sedikit (sebanyak) mengurangkan bacaan aku. lagi2 dekat negara orang aku banyak baca buku bahasa Inggeris. (cuba baca karya Poulo Coelho sama,menarik!)

"If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking.”

ini aku usaha nak buat sebenarnya. tapi title "budak medik" ni susah sikit. aku baca buku medic sikit risau ada nyawa yang melayang nnt.

*btw, maaflah klu komen tanpa taaruf. Aku wafi,sekarang dekat mesir. Moga Allah permudahkan dan perkuatkan untuk terbitan buku nnt. InsyaAllah
ana said…
aku tertarik dgn ayat kau "Ada beza antara penulis yang membaca dan penulis yang tidak membaca. Ada beza."..

aku juga seperti kau, aku lebih menyukai penulisan yang bersuntik ilmu dan unsur kritikal..bukan hanya picisan. dan bagi aku, semua org boleh menulis tetapi tak semua penulisan itu berilmu. aku slalu jdikan Andrea hirata, hamka,pramodya, a samad said sbgai batchmark utk penulisan berilmu yg bermutu.

aku juga tidak menolak karya picisan/altenatif sebab bagi aku ada penulis altenatif yg bagus sperti nami, ridhwan saidi yang menyajikan pemikiran kritikal dan plot2 cerita yang bagus. karya2 fixi contohnya, juga bagus dari segi susunan plot(setengah2 cerita la) waima bahasanya kurang elok dan unsur ranjang yg terlalu detail..tapi aku jrg menghabiskan duit utk karya fixi mgkin sbb 2 faktor ini.

bagi aku disini pentingnya ilmu dan pembacaan yg tinggi. sebab mlalui ilmu yg kaya, pembaca mampu mecipta dan mereka ruang2 kritikal untuk membuat pembaca sentisa berfikir secara lebih deep dan mampu membuka cabang2 ilmu yg lain.

aku juga mengimpikan utk jd seorg penulis sperti kau joe..hehe..tapi nyata bukan sekarang. kebodohanku terlalu 'sedikit' skrg...hehe...sori, pjg lak komen aku..haha
hanaahmad said…
Bagi aku, untuk menjadi seorang penulis yang bagus harus tiada diskriminasi dalam pemilihan bahan bacaan. Dan kita sememangnya boleh nampak bedanya antara penulis yang membaca dan penulis yang tidak.

Menanti buku keluaran kau.
Nasib baik ada sebut Mat Tiara kakakaka.
jhnrdzi said…
Salam.

Ya, karya Coelho memang sebuah keajaiban. The Alchemist adalah buktinya.

Ahaa tak mengapa bos, ramai lagi yang bukan line sastera mahu menerbitkan buku. Sastera tidak ekslusif untuk 'sasterawan' sahaja. Ia ada untuk kita semua.

Selamat berjaya dalam menulis buku!
jhnrdzi said…
Aku tak pernah lagi baca Hamka, tapi dengarnya karyanya juga bagus. Hehe. I would agree on Ridhwan Saidi, tapi taste aku mungkin kurang untuk Nami. Fixi pun aku tak pernah baca walaupun aku pernah ada usaha untuk membelek. Aku mungkin seorang pembaca yang cerewet juga.

aku pun dalam proses, kawan. Selamat!
jhnrdzi said…
Tulislah apa si penulis mahu tulis, tetapi kita pembaca tahu mana yang baik dan mana yang tidak.

Insyaallah Hana. Terima kasih ya!
jhnrdzi said…
Kahkah buku tu memang power.
Aku percaya buku yang bagus sepatutnya mampu memberi sumbangan kepada manusiawi. Tidak kiralah ia buku apa sekalipun. Sebab lebih bagus baca buku Dek Cerdas kalau buku itu hanya menyampaikan cerita kosong.
mat tiara said…
nasib baik ni nasib baik.
Erman said…
Manusiawi tu siapa?
jhnrdzi said…
Manusiawi, aku rasa, sama juga dengan kemanusiaan tak?

Ada seorang penulis pernah memberitahu aku, sastera itu berpokok pada kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Erman said…
Oh, macam geng-geng hak asasi manusia la ni? NGO semua tu?
Anonymous said…
"Dan kita juga boleh nampak bedanya antara pembaca yang membaca dan pembaca yang tidak."

"Bacalah apa si pembaca mahu baca, tetapi kita penulis tahu mana yang baik dan mana yang tidak."

Setuju!
Fuazi Othman said…
Nak share ayat ni boleh bro ? "Sastera tidak boleh diikat, dirantai, mahupun dikurung. Ia bebas bergentayangan. Ia harus membakar dalam banyak warna!"
Karl Miller said…
Terima kasih untuk post ini, well said Sir! :)
ghost writer said…
semuanya adalah karya. samada yang kita suka atau tidak suka.
jhnrdzi said…
terima kasih boss.
konspimulut said…
Nama yang disebut-sebut,ini tapak kaki pertama di sini :)

Popular Posts